Sabtu, Januari 31, 2009

Renungkanlah_






"Jika satu ari nanti nafsu minta sesuatu kepadamu sedangkan ada jalan untuk mengelakkannya maka elekkanlah kemahuannya itu sedaya upaya kerana kemahuan nafsu itu adalah musuh diri, sedang kita mengelakkannya itu adalah teman sejati"

"Hudup di dunia ini adalah umpama tidur dan hidup di akhirat itulah jaga. Jadi jika seseorang itu bermimpi menangis dia akan tertawa ketika jaga. Akan tetapi jika orang yang menangis di dunia hanya takutkan allah, maka dia akan tertawa di akhirat kelak"

"Apabila kemanisan dua pencinta terpisah, cintamu padaku akan berpaut sehingga aku mati. Akan kucurahkan cintaku padamu selama hidupku dan jika aku mati cintamu akan tersidai pada tulang belakangku di dalam kubur"


Jumaat, Januari 30, 2009

Mutiara Kata_

"jadilah benih yang baik, kerana pabila ia dibuang ke laut jadi pulau,
dibuang ke darat jadi gunung"
"janganlah 'menilai' mereka yang mencuba dan terus mencuba
namun akhirnta gagal jua maka nilailah mereka yang gagal mencuba"
"kejayaan itu adalah suatu perjalanan bukan suatu tempat
tujuan-separuh daripada keseronokannya terdapat dalam
perjalanan menuju ke arah tujuannya...
"setiap kesusahan, setiap kegagalan, setiap penyakit,
setiap keadaan dan pengalaman menyenangkan,
membawa benih faedah yang berpadanan samaada dalam
bentuk tersorok"
"kepuasan itu terletak pada usaha, bukan pada
pencapaian, Usaha sempurna adalah pencapaian sempurna"

Rabu, Januari 28, 2009

Hati Yang Lara_




"Ada orang berkata hati laratiada panawarnya,
Ramai orang berkata hati lara bawa merana,.
Benarkah tiada ubatnya untuk hati yang lara,
Sedang yang berkata itu tidak mengalaminya,.

Berapa jangkau waktu kita perlu meratap hiba,

tatkala orang keliling hanya menangis pura,.
Sedalam pasifikkah gaung hati yang lara,
Setinggi gunung everestkah hempasan dukacita,.

Semuanya tiada makna jika kita terus bercerita,

Semuanya hanya hama yang mati sebentar cuma,.
Tahukah kita dalamnya cinta yang sati itu,
tahukah kita rimbunnya kasih sayang si dia,.

Cuma kita sahaja yang tuli lagi buta,

Cuma kita sahaja yang alpa dan terus lupa,.
Sedang di atas sana sering berbicara di ufuk hati,
Sedang di hati kita membantu cuma tidak menerima,.

Usahlah berduka wahai hati yang lara,

Kerana air mata bukan penawar dukacita,.
Usahlah berhiba wahai hati yang duka,
Kerana tangis bukan ubat sengsara,.

Cuba lontarkan senyum hati ke atas sana,

Pasti air mata menjadi permata,..

Template by:
Free Blog Templates