Rabu, Januari 28, 2009

Hati Yang Lara_




"Ada orang berkata hati laratiada panawarnya,
Ramai orang berkata hati lara bawa merana,.
Benarkah tiada ubatnya untuk hati yang lara,
Sedang yang berkata itu tidak mengalaminya,.

Berapa jangkau waktu kita perlu meratap hiba,

tatkala orang keliling hanya menangis pura,.
Sedalam pasifikkah gaung hati yang lara,
Setinggi gunung everestkah hempasan dukacita,.

Semuanya tiada makna jika kita terus bercerita,

Semuanya hanya hama yang mati sebentar cuma,.
Tahukah kita dalamnya cinta yang sati itu,
tahukah kita rimbunnya kasih sayang si dia,.

Cuma kita sahaja yang tuli lagi buta,

Cuma kita sahaja yang alpa dan terus lupa,.
Sedang di atas sana sering berbicara di ufuk hati,
Sedang di hati kita membantu cuma tidak menerima,.

Usahlah berduka wahai hati yang lara,

Kerana air mata bukan penawar dukacita,.
Usahlah berhiba wahai hati yang duka,
Kerana tangis bukan ubat sengsara,.

Cuba lontarkan senyum hati ke atas sana,

Pasti air mata menjadi permata,..

0 ulasan:

Template by:
Free Blog Templates